Wednesday, October 29, 2014

Kebaikan Herbal Blend Shaklee

Herbal Blend adalah krim Magic..mana tak magic nya..sapu dekat badan anak yang memerah..pasti ianya hilang keesokkan hari nya..  Apalah istimewa sangat Herbal blend ni ye sampai berebut-rebut orang nak beli? Di sini saya kongsikan antara kebaikan krim unik ini :-)

1. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga. Setiap kali Faris terkena gigitan nyamuk atau semut, saya akan cepat-cepat sapukan krim Herbal Blend supaya tak melarat. Dan hasilnya sungguh memuaskan! Untuk eczema pun sesuai jugak tau..cepat je ruam tu hilang.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Masalah tumit pecah sememangnya memalukan. Masalah tumit kering dan pecah bukan sahaja berlaku kepada orang tua, tapi sesiapa sahaja boleh mendapat masalah ini. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu banyak berdiri dan berjalan. Saya juga pernah mengalami tumit pecah dan merekah. Jadi, saya menggunakan krim Herbal Blend untuk disapu pada tumit setiap hari..dan hasilnya, Alhamdulillah :-)

3.
 Ubat luka atau melecur
Tak sangka pulak, Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada satu Herbal blend dalam setiap rumah, bila ada luka je, cepat baik. Untuk luka, kesan calar akibat cakaran kucing atau terkena benda panas. Semua pun boleh...macam tak percaya je kan? Kalau nak tahu, cubalah sendiri..

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Luka pada puting akibat gigitan si kecil? Huhu..pedihnya, Allah je yang tau. untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Herbal Blend dapat membantu untuk merawat luka tersebut. Cepat je kering tau..Lagi pun,  Herbal blend ni sangat natural, jadi janganlah risau.. Ia tiada bahan kimia dan ia dijamin selamat untuk semua.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah parut akan pudar dan menghilang entah ke mana...

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Adakalnya sampai melarat-larat. macam saya dulu, bermacam-macam krim saya cuba. Masa tu kesian sangat coz tak kenal lagi Herbal Blend. Terpaksalah bagi krim yang ada steroid bagai. Tapi lepas-lepas ni, tak mau lagi dah. Herbal blend kan ada..Jangan tak tau, Herbal Blend mampu melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam lampin tersebut. 

7. Losyen harian
Saya juga gunakan Herbal Blend sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal Blend tidak berminyak. Jadi sememangnya nyaman dan selesa.


Kenapa saya harus pilih Herbal Blend?

Herbal Blend  diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.

Jadi, untuk dapatkan Herbal Blend ni, cepat-cepat hubungi kami. Harga tak mahal pun. Berbaloi dengan khasiatnya! Whats app saya yea.. 017 2861724


Saturday, October 25, 2014

Kesakitan Ketika Proses Bersalin




Apa yang harus anda tahu mengenai kesakitan ketika proses bersalin. Ada wanita yang tidak mengalami apa-apa masalah dan kesakitan ketika melahirkan bayi. Ada yang rasa sakit. Ketahuilah apa yang harus dibuat untuk melegakan kesakitan dan jangkaa ketika proses bersalin.



Mengapakah Proses Kelahiran sesuatu yang menyakitkan?
Ulterus adalah organ berotot yang mengecut untuk mengeluarkan bayi dan kontraksi itulah yang menyebabkan kesakitan. Kesakitan yang dirasai bergantung kepada beberapa faktor termasuk kekuatan kontraksi dan kelajuan proses kelahiran. Selain daripada pengecutan otot dan abdomen serta bahagian torso dan pelvik, anda mungkin akan terasa tertekan di bahagian belakang, perineum, pundi kencing dan usus-usus. Penggabungan faktor ini akan menyebabkan kesakitan.


Jom kenali perubahan Kesakitan ketika melahirkan bayi.

PERINGKAT AWAL (Sehingga lapan jam atau lebih)
Serviks anda terbuka sehingga tiga atau empat sentimeter dan bermula untuk menjadi nipis (efface). Selalunya kontraksi serdehana akan bertahan 30 sehingga 60 saat dan terjadi setiap lima hingga 20 minit, yang akan menjadi lebih kuat dan kerap.

PERINGKAT AKTIF (Lebih kurang dua hingga lapan jam)
Kontraksi akan menjadi lebih lama, kuat dan dekat, Serviks anda akan terbuka sehingga tujuh sentimeter. Di peringkat inilah wanita akan terasa sakit dan meminta ubat penahan saki (kadangkala ubat diberi awal)

TRANSITION (sehingga satu jam)
Anda akan terasa sakit kerana servikd anda akan terbuka sehingga 10 sentimeter. Anda juga mungkin akan terasa sakit di belakang, pangkal paha dan juga terasa mual.





PENOLAKAN (beberapa minit sehingga tiga jam)
Kesakitan yang melampau akan dirasakan apabila anda terasa ingin menolak keluar bayi anda. Ada wanita memberi perbandingan “seperti menolak keluar sebiji buah tembikai atau bola boling”. Walaupun sakit, ada wanita mengatakan bahawa mereka terasa lega kerana ianya boleh mengurangkan tekanan. Apabila kepala bayi dapat dilihat, anda mungkin terasa seperti terbakar, mencucuk atau menyegat di kawasan vagina.



PENGELUARAN PLASENTA (sehingga 30 minit)
Peringkat ini adalah lebih senang kerana anda akan terasa seperti senggugut apabila plasenta keluar. Pada peringkat ini anda akan fokus kepada si manja baru anda sehingga terlupa kesakitan.
Ajaibnya wanita bertarung nyawa untuk melahirkan anak, selepas anak lahir hilang rasa kesakitan!

Artikel: Sumber Majalah Mamibaby
 





2leep.com