Saturday, October 25, 2014

Kesakitan Ketika Proses Bersalin




Apa yang harus anda tahu mengenai kesakitan ketika proses bersalin. Ada wanita yang tidak mengalami apa-apa masalah dan kesakitan ketika melahirkan bayi. Ada yang rasa sakit. Ketahuilah apa yang harus dibuat untuk melegakan kesakitan dan jangkaa ketika proses bersalin.



Mengapakah Proses Kelahiran sesuatu yang menyakitkan?
Ulterus adalah organ berotot yang mengecut untuk mengeluarkan bayi dan kontraksi itulah yang menyebabkan kesakitan. Kesakitan yang dirasai bergantung kepada beberapa faktor termasuk kekuatan kontraksi dan kelajuan proses kelahiran. Selain daripada pengecutan otot dan abdomen serta bahagian torso dan pelvik, anda mungkin akan terasa tertekan di bahagian belakang, perineum, pundi kencing dan usus-usus. Penggabungan faktor ini akan menyebabkan kesakitan.


Jom kenali perubahan Kesakitan ketika melahirkan bayi.

PERINGKAT AWAL (Sehingga lapan jam atau lebih)
Serviks anda terbuka sehingga tiga atau empat sentimeter dan bermula untuk menjadi nipis (efface). Selalunya kontraksi serdehana akan bertahan 30 sehingga 60 saat dan terjadi setiap lima hingga 20 minit, yang akan menjadi lebih kuat dan kerap.

PERINGKAT AKTIF (Lebih kurang dua hingga lapan jam)
Kontraksi akan menjadi lebih lama, kuat dan dekat, Serviks anda akan terbuka sehingga tujuh sentimeter. Di peringkat inilah wanita akan terasa sakit dan meminta ubat penahan saki (kadangkala ubat diberi awal)

TRANSITION (sehingga satu jam)
Anda akan terasa sakit kerana servikd anda akan terbuka sehingga 10 sentimeter. Anda juga mungkin akan terasa sakit di belakang, pangkal paha dan juga terasa mual.





PENOLAKAN (beberapa minit sehingga tiga jam)
Kesakitan yang melampau akan dirasakan apabila anda terasa ingin menolak keluar bayi anda. Ada wanita memberi perbandingan “seperti menolak keluar sebiji buah tembikai atau bola boling”. Walaupun sakit, ada wanita mengatakan bahawa mereka terasa lega kerana ianya boleh mengurangkan tekanan. Apabila kepala bayi dapat dilihat, anda mungkin terasa seperti terbakar, mencucuk atau menyegat di kawasan vagina.



PENGELUARAN PLASENTA (sehingga 30 minit)
Peringkat ini adalah lebih senang kerana anda akan terasa seperti senggugut apabila plasenta keluar. Pada peringkat ini anda akan fokus kepada si manja baru anda sehingga terlupa kesakitan.
Ajaibnya wanita bertarung nyawa untuk melahirkan anak, selepas anak lahir hilang rasa kesakitan!

Artikel: Sumber Majalah Mamibaby
 





1 comment :

2leep.com