Showing posts with label Eu - Four Pack. Show all posts
Showing posts with label Eu - Four Pack. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Set Eu-Four Pack

Sejak set ini dilancarkan , alhamdulillah banyak pertanyaan dan order yang diterima. Ramai yang sukakan set ini, sebab  ada antara ibu-ibu yang anaknya alah dengan alfalfa . Apapun, jika ditanya set mana yang lebih bagus dan selamat antara set B dan Eu-Four Pack, saya akan cadangkan Eu-Four Pack. Ini kerana kalsium sangat diperlukan dalam proses penyusuan. Dan uniknya kalsium (Ostematrix) Shaklee ini, ia terdapat magnesium yang berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan kita secara efektif.

Apa Istimewanya Set Eu-Four Pack?
·         Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu menyusu untuk meningkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak
·         Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan rasa kejang ketika hamil dan memenuhi keperluan kalsium harian
·         Sangat bagus untuk melegakan sakit-sakit sendi dan tulang, bisa-bisa yang dirasai di tangan atau kaki, sakit belakang dan sakit lutut
·         Sangat bagus diberikan kepada ibu bapa kita supaya hilanglah sakit-sakit lutut / sendi / tulang mereka
·         Sangat bagus diberi kepada suami / isteri untuk kesihatan dan memberi tenaga

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set ini, jom kita tengok kandungannya:

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4) Kalsium

Kalsium sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti? Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan minum susu secukupnya dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti ikan bilis. Ada juga yang yang alah dan tidak suka minum susu, maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee. Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan. Dan telah terbukti,pengambilan kalsium dalam diet harian dapat membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak, di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda sangat-sangat digalakkan mengambil Energizing Soy Protein(ESP) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.

 

Pelancaran Set Breastfeeding Baru

Bermula esok 24 October 2011, kumpulan kami Euphoria akan melancarkan  set breastfeeding baru iaitu Eu - Four Pack. Eu - Four Pack mengandungi Vitamin B, Vitamin C, Vitalea dan Ostematrix (kalsium).  Ramai ibu-ibu yang telah mencuba set ini dan mendapati ia jauh lebih berkesan dari set breastfeeding lama. Istimewanya, set ini boleh diambil oleh semua individu, sama ada suami ataupun ibu bapa kita. Jadi dengan membeli full set, seisi keluarga boleh gunakannya! Memang berbaloi-baloi..

Kenapa Eu - Four Pack?
·         Boleh diambil oleh semua golongan - suami,isteri, ibu menyusu dan juga ibu mengandung. Jadi,jika anda merupakan ibu hamil yang juga menyusukan anak, set ini sangat sesuai utk anda.
·         Kalsium memainkan peranan besar bagi ibu-ibu menyusu. Jika kalsium ibu mencukupi, badan sangat mudah menghasilkan susu dengan cepat dan banyak (Alfalfa yang terkandung dalam set sebelumnya mempunyai paras kalsium yang minima)
·         Penghidap Talassemia tidak boleh mengambol Alfalfa. Oleh itu, kehadiran set ini sangat-sangat membantu!
·         Terdapat segelintir bayi yang mengalami cirit, jika ibu mengambil Alfalfa sebagai milk-booster. Alhamdulillah, dengan adanya Set Eu-Four Pack ini, tiada lagi cirit untuk ibu dan anak.

Kalau ada beberapa kekurangan Alfalfa, mengapa alfalfa dikatakan milk booster?
·         Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susu ibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.
Bagaimanakah jika saya serasi denga Set Breastfeeding lama dan ingin meneruskannya?
·         Set breastfeeding lama tetap diteruskan, cuma set Eu-Four Pack ini diwujudkan sebagai pilihan. Jika anda serasi dengan set breastfeeding lama, sila teruskan. Atau, boleh juga mencuba set ini jika mahu. Pilihan di tangan anda.

2leep.com