Monday, November 4, 2013

ANEMIA punca HB rendah masa hamil

Apa itu Anemia?

Kekurangan darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin


Punca kurang darah

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :

ü  Kurang pengambilan makanan yang mengandungi zat besi
ü  Ibu yang kerap bersalin
ü  Jangkitan cacing
ü  Pendarahan dari faraj atau buasir
ü  Jangkitan saluran kencing
ü  Penyakit limpa
ü  Demam malaria
ü  Penyakit barah atau kanser

 
Bagaimana mengetahui anda mengalami simptom HB rendah semasa hamil ?

Tanda-tanda yang biasa dialami oleh pesakit anemia :

ü  Kelihatan pucat
ü  Sentiasa rasa letih dan lesu
ü  Rasa mahu pitam apabila bangun
ü  Sentiasa rasa pening
ü  Bengkak kaki dan muka
ü  Kebas kaki dan tangan
ü  Rasa mengah atau keletihan dan hati berdebar-debar

Bagaimana HB rendah semasa hamil boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika membuat pemeriksaan awal ke klinik sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian HB. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah atau Hb Rendah.

 
Jangan pandang remeh dengan masalah HB rendah semasa hamil kerana anda berisiko untuk :

ü  Mengalami keguguran
ü  Melahirkan anak tidak cukup bulan (pra matang)
ü  Anak mati di dalam perut
ü  Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
ü  Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
ü  Keluaran susu badan akan berkurangan
ü  Mudah mendapat penyakit lemah jantung
ü  Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
ü  Membawa MAUT 

Penjagaan Bagi Ibu Hamil Yang Mengidap Anemia @ HB Rendah

ü  Menjaga kebersihan diri.
ü  Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging, hati, kerang dan tauhu.
ü  Rehat dengan secukupnya.
ü  Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
ü  Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan
ü  Terakhir, berdoa memohon pada Allah s.w.t agar ibu dan bayi dilahirkan dengan selamat tanpa menghadapi apa-apa masalah.


 Apa yang SHAKLEE ada untuk mengawal Anemia semasa kehamilan

ü  Vita-lea Iron Formula - Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat besi.

ü  B Complex (lengkap dgn asid folik) – Vitamin B12 mencegah anemia manakala B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah.

ü  Vita C 500mg Sustained Release - Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dgn lebih efisien.
 
 
BERMINAT? Sila sms/WhatsApp ke 017-2861724 SEKARANG JUGA!!!
Dijamin HALAL
Mendapat Kelulusan KKM
Tiada Kesan Sampingan
Terbukti Berkesan

No comments :

Post a Comment

2leep.com