Tuesday, June 25, 2013

CINCH SHAKE




Cinch dihasilkan daripada kajian nutrisi selama 50 tahun bagi menghasilkan pelan untuk mengurangkan inci yang mudah dan menyihatkan kita semua.
Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berkhasiat untuk membantu anda memelihara otot penting serta membuat anda sentiasa kenyang dan berpuas hati disamping mengurangkan berat badan.

Ciri-ciri ISTIMEWA pada CINCH SHAKE


Ø  Memberi faedah seperti mengambil 1 hidangan makanan tetapi rasa seperti menikmati pencuci mulut.

Ø  Diperkaya dengan leucine untuk memelihara otot semasa proses menurunkan berat badan

Ø   Mengandungi 24 gram protein dalam setiap hidangan untuk memberi rasa puas dan kenyang

Ø   Kandungan serat yang tinggi, 6 gram dalam setiap hidangan.

Ø  Nilai indeks Glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga

Ø  Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting.tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan.

Ø  Menggunakan soya yang tidak diubahsuai melalui genetik (non -GMO soy protein)

Kebaikan cinch:

Ø  Memberikan rase kenyang berjam-jam lamanya

Ø  Mengurangkan selera makan bagi anda yg tak boleh control nafsu makan

Ø  Menberi tenaga berpanjangan so anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian

Ø  Meningkatan metabolisme badan

Ø  Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus

Ø  Anda boleh mengambil carbo spt nasi dsb tetapi dgn kadar yg sedikit 

Ø  Menghilangkan lemak yg berlebihan dan mengurangkan inci pada badan

Ok Jom kita tgk TESTIMONI mereka yg dah berjaya CINCHED
 




Sunday, June 23, 2013

Apa pendapat anda tentang supplement atau vitamin?




Anda jangan tersilap! Ramai yang telah membuat tanggapan yang salah. Ringkasnya vitamin adalah bahan organik yang diperlukan dalam kehidupan. Vitamin penting untuk kelangsungan fungsi  harian badan dan tidak boleh dihasilkan atau disintesis di dalam badan. Mari kita baca beberapa tanggapan salah mengenai suplement.

1. Supplement adalah ubat – TIDAK. Supplement bukan ubat. Ubat terdiri daripada bahan jenis dadah yang ‘asing’ untuk tubuh kita. Supplement adalah vitamin-vitamin pembina tubuh yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

2. Kita tak perlu vitamin sebab dah cukup makan – Bila diselidiki diet harian kita, kebanyakan yang kita makan tu HAMPAS sahaja.

3. Semua supplement sama saja – TIDAK. Kebanyakan supplement di pasaran adalah dari sumber sintetik. Suplemen terdiri dari 3 jenis : sintetik, organik dan semulajadi. Yang terbaik tentunya supplement semulajadi.

4. Supplement memberi kesan sampingan – BETUL sekiranya ia dari sumber sintetik. Suplement semulajadi TIDAK memberi kesan sampingan.

5. Supplement diperlukan oleh orang kurang nutrisi seperti mangsa kebuluran sahaja – TIDAK. Supplement adalah untuk orang yang mementingkan kesihatan.

Tahukah anda kebanyakan rasa penat, letih, lesu, stress adalah antara petanda anda kekurangan vitamin?

 Mulai sekarang ubahla gaya hidup kita, corak permakanan kita supaya kita kekal sihat. Utamakan kesihatan kita sebelum terlewat.


 izaliana
msg/whatsapp : 017-2861724
Email: izalianaa@gmail.com
Fanpage:Teratak Bonda Penyusuan & Kehamilan
Facebook: izaliana

 

 

 

Tips Penyusuan Bulan Puasa


Minum banyak air
Cecair yang banyak diperlukan untuk menghasilkan susu, jadi pastikan anda minum air yang banyak selepas berbuka & semasa bersahur.

Kurangkan meminum kopi dan teh
Kurangkan pengambilanan minuman berkafein. Berhati-hati jika anda meminum teh herba. Minta nasihat bidan atau doktor. Salah satu sebabnya ialah kerana tanin dalam teh menghalang tubuh anda menyerap zat besi dalam makanan.

Kurangkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Elakkan juga minuman tenaga.

Makan pelbagai makanan sihat setiap hari daripada empat kumpulan makanan berikut:
1. Sayuran dan buah-buahan
2. Roti dan bijirin
3. Susu dan produk tenusu (rendah lemak adalah yang terbaik)
4. Daging, ayam, makanan laut, telur, kekacang dan bijirin.

Hadkan pengambilan lemak (terutama lemak tepu), makanan yang masin, dan juga makanan dan minuman yang manis.
Sediakan makanan kurang garam, gula dan lemak. Apabila membeli-belah, baca label dan cari makanan yang rendah lemak (terutamanya lemak tepu), garam dan gula.

Garam
Pilih garam yang telah diiodinkan.

Selamat menjalani ibadah puasa. Anda juga boleh mengamalkan breastfeeding set Shaklee yang telah membantu ramai ibu diluar sana menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun.




SET YANG DICADANGKAN BULAN PUASA



















Kenapa SET RAMADHAN ini sesuai untuk seisi keluarga : 

1)
ESP (KURANG RASA LAPAR)
> membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian kita.
> Mengatasi masalah
GASTRIK
> MILK BOOSTER! Mengurangkan masalah susu merundum
> Kulit lebih anjal, tegang dan berseri

2) Performance Drink
(KURANG RASA HAUS)
> Mengekalkan kandungan air di dalam badan
> Mengandungi imbangan elektrolit untuk
MENCEGAH HIDRASI
> Membekal 3 jenis karbohidrat untuk tenaga

3) Meal Shakes
(KURANG RASA LETIH)
> Multivitamin! Mengandungi 19 vitamin/galian, serat dan protien
> Mengenyangkan dan memberi tenaga
> Elakkan sembelit 

 

Friday, June 21, 2013

SET KESUBURAN UNTUK SUAMI DAN ISTERI


 
 
Energizing Soy Protein (ESP)

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 

 

VitaLea 

 Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

 

Vitamin C 

Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum. 

 

B-Complex 

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.

 

Vitamin E

Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

 

Zink 

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

 

Alfalfa Complex 

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

 

GLA Complex 

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

 

Wednesday, June 19, 2013

Cara Meneran Semasa Bersalin


Waktu Mula Meneran

Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran

Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

 

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN

1.  angkat kepala dagu cecah dada.
 
2.  mata pandang perut
 
3.  tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

4.  masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat

5.  masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6.  tarik nafas sedalam yg boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang masa ada kontraksi terus push mcm cara2 tadi..xde kontraksi, relax...

7.  baca bismilah, selawat

8.  tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami ni setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat) 
 

Tuesday, June 18, 2013

Masalah Hemoglobin Rendah (HB low) di kalangan ibu mengandung

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png
Monday, 22 August 2011
Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.


Simptom awal anemia
  1. Sentiasa letih
  2. Pening kepala atau pitam
  3. Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  4. Warna kulit bertukar menjadi pucat
  5. Penurunan berat badan
  6. Kadar denyutan jantung yang cepat
  7. Lemah daya ingatan

Antara punca masalah HB low
  1. Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  2. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
  3. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia

Risiko anemia di kalangan ibu hamil
  1. Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang
  2. Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan

Supplement yang dicadangkan

Vitalea iron formula
Mengandungi zat bei yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Awas!!!!
  1. Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi
  2. Elakkan mengambil vitalea bersama-sama dengan kalsium kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi.
  3. Elakkan mengambil vitalea bersama segelas susu kerana susu adalah kalsium.
  4. Pesakit talasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana mengandungi iron.

Set yang boleh diambil untuk masalah HB low
  1. Optimum Health - Set A mengandungi Vitalea, B-complex dan Vitamin C
  2. Euphoria Pregnancy Set - Gabungan Set A dan Ostematrix@calcium
  3. Energizing Soy Protein – Untuk kritikal anemia di paras 6-7 g/dL


2leep.com