Tuesday, June 18, 2013

Masalah Hemoglobin Rendah (HB low) di kalangan ibu mengandung

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png
Monday, 22 August 2011
Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.


Simptom awal anemia
  1. Sentiasa letih
  2. Pening kepala atau pitam
  3. Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  4. Warna kulit bertukar menjadi pucat
  5. Penurunan berat badan
  6. Kadar denyutan jantung yang cepat
  7. Lemah daya ingatan

Antara punca masalah HB low
  1. Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  2. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
  3. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia

Risiko anemia di kalangan ibu hamil
  1. Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang
  2. Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan

Supplement yang dicadangkan

Vitalea iron formula
Mengandungi zat bei yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Awas!!!!
  1. Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi
  2. Elakkan mengambil vitalea bersama-sama dengan kalsium kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi.
  3. Elakkan mengambil vitalea bersama segelas susu kerana susu adalah kalsium.
  4. Pesakit talasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana mengandungi iron.

Set yang boleh diambil untuk masalah HB low
  1. Optimum Health - Set A mengandungi Vitalea, B-complex dan Vitamin C
  2. Euphoria Pregnancy Set - Gabungan Set A dan Ostematrix@calcium
  3. Energizing Soy Protein – Untuk kritikal anemia di paras 6-7 g/dL


No comments :

Post a Comment

2leep.com