Friday, November 9, 2012

Pemakanan Semasa Berpantang


 Antara tips yang boleh dikongsi bersama:

1. Nasi mestilah nasi yang panas.Jangan makan nasi sejuk

2. Makan ikan segar

3. Dilarang mengamal atau memakan ikan masin kerana boleh mengakibatkan darah nifas cepat kering & berbau busuk serta melemahkan daya ketahanan fizikal & mental

4. Jika dikhuatiri berlaku perkara yang menyebabkan bisa-bisa batu merian (uterus) yg masih lemah & luka, sebaiknya elakkan makan ikan berbisa seperti:
ü    bawal hitam
ü    terubuk
ü    ikan berduri
ü    ikan pari

5. Jika dikhuatiri berlaku perkara yang menyebabkan kegatalan tempat sulit & kulit, sebaiknya elakkan memakan:
ü    ikan kembung
ü    ikan tamban
ü    ikan tongkol
ü    makanan laut
ü    telur

6. Digalakkan memakan ulam seperti:
ü    pucuk pegaga
ü    pucuk mengkudu
ü    ulam raja & ulam2 yg lain

7. Sayur-sayuran yg disyorkan selain ulam seperti:
ü    sawi
ü    peria
ü    lobak merah
ü    asparagus
ü    brokoli

8. Boleh juga memakan buah-buahan semasa seperti:
ü    epal merah(bkn masam)
ü    buah kurma
ü    buah tin
ü    buah zaitun
ü    buah delima
ü    blackcurrant(air-ribena)
ü    limau manis (kecuali limau bali)

9. Buah peach & anggur (tidak digalakkan pada ibu-ibu yg lemah pada bahagian dada & paru-paru seperti masalah bronkitis kerana boleh menyebabkan batuk

10. Digalakkan minum air rebusan manjakani atau akar kayu yg sewaktu dengannya utk:
ü    membuang angin
ü    mencuci darah & kotoran melalui peluh
ü    mencuci pundi2 kencing & saluran usus

11. Harus minum air masak selalu tapi bukan minum dalam kuantiti yang banyak dlm satu masa.Takut nanti perut buncit.Minum kerap tapi sedikit.Pastikan air yang diminum adalah air suam

12. Perbanyakkan solawat sebelum minum

13. Cadangan masakan:
ü    Daging / ikan / ayam masak dengan brokoli+halia+lada hitam
ü    Cara-cara:
ü    Ikan / daging / ayam digoreng tapi jangan banyak minyak
ü    Bila dah masak masukkan halia, brokoli dan lada hitam. Letak sikit garam
ü    Kalau muak dengan ayam / daging / ikan, goreng ikan bilis dengan halia

untuk dapatkan set shaklee Sila sms/WhatsApp ke 017-2861724 SEKARANG JUGA!!!
 Dijamin HALAL
 Mendapat Kelulusan KKM 
 Tiada Kesan Sampingan
 Terbukti Berkesan

No comments :

Post a Comment

2leep.com