Wednesday, November 21, 2012

Risiko Kekurangan Protein


Pentingnya protein dlm tubuh badan kita..maka utk tahu lebih lanjut kepentingan protein kepada tubuh kita jom kita baca cita kat bwh ni...

Seperti yang kita semua tahu, badan kita terdiri daripada protein, sebab itulah dalam piramid makanan – kita wajib ambil protein dengan kuantiti yang disarankan.
Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh badan kita.  Asal perkataan “protos” (Yunani) bermaksud pertama muncul atau mengambil tempat pertama.  Tubuh badan kita pula terdiri daripada protein - tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma.  Yang terbentuk daripada protein - antibodi, enzim, hormon.  Sebahagiannya adalah protein - hemoglobin (berfungsi untuk mengangkut oksigen ke sel-sel tubuh).  Sel-sel tubuh badan kita pula, bergantung kepada protein untuk berfungsi dengan baik bagi membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu yang dah lama (tua) serta menggantikan tisu-tisu yang rosak.  Ini beerti, jelas Protein penting untuk tubuh badan kita!

17 Risiko Kekurangan Protein
1.   Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2.  Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3.  Liver (penyakit hati)
4.  High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5.  Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6.  Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7.  Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8.  Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9.  Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11.  Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)


Struktur protein
- Blok binaan bagi protein terdiri daripada asid amino yang merupakan unsur asas bagi protein.
- Ada 22 jenis asid amino yang bercantum dalam pelbagai cara untuk membentuk protein.
- Asid amino ini terbahagi kepada 2 kumpulan: Perlu (Essential) & Tidak Perlu (Non Essential)
- Asid amino perlu ada 9 jenis. Badan kita tidak boleh membuatnya. Oleh kerana itu, kita perlu ambil dari pemakanan kita
- Manakala Asid amino tak perlu pula ada 13 jenis, ianya dihasilkan oleh badan kita daripada 9 asid amino perlu tadi.
Sumber Protein
Protein terbahagi kepada 2 kelas:
Kelas 1: jenis makanan daripada haiwan seperti daging, ikan, ayam, susu, telur.
Kelas 2: jenis makanan daripada tumbuh-tumbuhan terutama kekacang & biji-bijian.
Jenis Protein
Protein terbahagi kepada dua jenis:
Protein Lengkap – Jika makanan itu mengandungi kesemua 9 asid amino perlu (seperti yang di atas tadi) dalam jumlah yang betul untuk menyokong kesihatan sempurna maka ianya protein lengkap. Nlai biologinya adalah yang tertingi kerana boleh digunakan dengan paling berkesan.
Protein Tak Lengkap – Jika makanan itu kekurangan mana-mana amino asid perlu (essential) ianya dinamakan protein tak lengkap.

No comments :

Post a Comment

2leep.com