Thursday, January 30, 2014

10 PERKARA YANG BOLEH MENGGAGALKAN PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA





Anda mungkin akan gagal dalam cita-cita anda untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya JIKA:

1) Tiada keyakinan - KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda speenuhnya. YAKIN yang anda mampu menyusukan bayi sehingga 2 tahun, YAKIN yang anda mampu menangani sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan mengalah.

2) Kurang ilmu - Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.

3) Tidak bersungguh-sungguh - Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, x larat mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.

4) Tiada sokongan suami - Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk menjayakan penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana pun, keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.

5) Cepat putus asa - Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka cita-cita tidak akan kesampaian.

6) Tidak bersedia - Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi terutamanya untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.

7) Tidak kisah - Ramai ibu yang tahu tetang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.

8) Tidak jaga pemakanan - Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.

9) Stress - Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus asa. Jadi bertenanglah... kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa ingat anak yang tersayang.

10) Kurang berdoa pada-Nya - Ingatlah, rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki milik Allah. Jadi jika nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah kepada pemilik-Nya.

Jom ibu-ibu... berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita. Apa yang kurang, kita baiki.. 

 boleh juga PM/inbox https://www.facebook.com/teratakbondadanpenyusuanatau  sy.. komen je pn boleh

 Dijamin HALAL
 Mendapat Kelulusan KKM
 Tiada Kesan Sampingan
 Terbukti Berkesan

Wednesday, January 29, 2014

Bacaan HB untuk Ibu Hamil


Hb atau Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Adalah penting bagi ibu hamil mengetahui tahap Hb mereka.. di manakah tahap Hb anda?

Tahap Hb 
Hb < 9 gm%
Hb 9 - < 11 gm%
Hb > 11 gm%

Jika tahap Hb anda berada pada bacaan lebih dari 11 gm% maka Hb anda adalah NORMAL dan anda tidak perlu khuatir,

tetapi jika Hb anda berada pada bacaan 9 - < 11 gm% maka anda berada pada tahap ANEMIA SEDERHANA manakala jika Hb anda kurang daripada 9 gm% maka anda sebenarnya mengalami masalah ANEMIA YANG TERUK.



GEJALA HB RENDAH PADA IBU HAMIL

Pucat
Rasa letih lesu dan tidak bermaya
Sentiasa rasa pening
Rasa pitam bila bangun
Kebas kaki dan tangan
Degupan jantung cepat


RISIKO HB RENDAH KETIKA HAMIL 

Keguguran
Masa untuk melahirkan lebih lama
Perdarahan selepas melahirkan
Kelahiran pra-matang
Bayi lahir dengan berat rendah
Risiko kecacatan bayi
Bagi mereka yang mencari supplement boleh rujuk di sini

Tips cegah risiko Asma secara semulajadi

                                                        gambar hiasan
Saya pasti ramai dikalangan kita yang mempunyai anak-anak dan kita sendiri  yang mengidap penyakit Asma, antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan serangan Asma ialah

Bulu binatang
Debu atau habuk
Perubahan cuaca
Senaman
Merokok dan asap rokok
Debunga
Jangkitan saluran pernafasan
Makanan atau buah-buahan tertentu
Tekanan perasaan

Antara tip-tip yang boleh mencegah risiko Asma secara semulajadi ialah

1. Pastikan kadar habuk dalam rumah anda pada tahap yang paling rendah

2. Pastikan juga pengudaraan rumah anda dalam bersih

3. Kurangkan membela haiwan di dalam rumah jika anda mempunyai anak yang kecil

4. Jadikan pemeriksaan kesihatan sebagai agenda tahunan yang wajib

5. Pastikan anda mengajak anak anda bersenam bersama. Bantu anak anda mengekalkan brat badan yang   ideal

6. Jauhkan anak-anak anda dari mereka yang merokok

Menyusukan anak secara esklusif juga dapat membantu mengurangkan risiko anak anda mendapat Asma.



Bagi mereka yang mencari supplement boleh rujuk di sini

Tuesday, January 28, 2014

Set Kecantikkan


B complex

ü     mengawal stress *stress punca kepada jerawat
ü     membantu peredaran darah agar wajah tidak kelihatan pucat
ü     mencegah pigmentasi
ü     melambatkan tanda penuaan
ü     mengubati jerawat

Vitamin C
ü    bersifat antioksidan yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
ü    merangsang pembentukkan kolagen. Kulit akan menjadi kenyal, lentur dan halus.
ü    mencantikkan dan muluskan kulit
ü    menganjalkan kulit
ü    mampu pulihkan wajah dari sunburn
ü    mencerahkan kulit
ü    memperbaiki wajah kusam
ü    pulihkan kulit wajah yang kasar

Vitamin E
ü    bersifat antioksidan
ü    meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel
ü    menjaga kelembapan kulit
ü    menghilangkan kesan jerawat & jeragat
ü    anti penuaan
ü    menghalang jerawat dari datang kembali
ü    memberikan tona wajah sekata
ü    mengurangkan kedut dan garis halus
ü    mengurangkan sunburn (pengambilan jangka panjang)

Kalau nak kulit umppphhh lagi boleh tambah ESP. Siapa suka soya? ESP diperbuat daripada non-GMO (genetically modified orgamism) yang lengkap dengan 9 jenis asid amino. Badan kita ni tak mampu nak hasilkan asid amino. So, kita perlu ambil asid amino dari sumber makanan yang kaya dengan asid amino. Alternatif cara mudah adalah mengambil ESP. Fungsi ESP pula adalah untuk:

ü    baikpulih sel-sel dan tisu yang rosak
ü    hilangkan kesan parut jerawat, jeragat, chicken pox & stretch mark
ü    anjalkan payudara dan punggung.
ü    Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.

Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya


Seperti biasa, kami turut mencadangkan ESP (Protein Soya dari Shaklee) kerana seperti yang kita tahu, protein ialah makanan asas kepada sel-sel di dalam badan. Sel kulit yang sihat, serta mudah diperbaharui (renewal cell), boleh membantu kita memperolehi kulit yang sihat, tidak kusam, serta memudarkan parut (sel kulit mati) dengan pengambilan yang konsisten.


BERMINAT? Sila Sms/WhatsApp ke 017-2861724 SEKARANG JUGA!!!

boleh juga PM/inbox https://www.facebook.com/teratakbondadanpenyusuan atau  sy.. komen je pn boleh

Dijamin HALAL
Mendapat Kelulusan KKM
Tiada Kesan Sampingan

Terbukti Berkesan

Thursday, January 23, 2014

Set Diabetes: TANDA-TANDA DIABETES DAN PENCEGAHANNYA ~

DIABETES ni salah satu penyebab kematian yang tinggi di MALAYSIA....jom kt kenali tanda2 dan punca2 pnyakit DIABETES ni...


TANDA-TANDA AWAL DIABETES:
1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor.

TANDA-TANDA DIABETES
Menghadapi masalah jangkitan yang kerap seperti:- - Kulit - Gusi - Jangkitan pundi kencing

1. Penglihatan yang semakin kabur
2. Luka lambat sembuh
3. Parut luka berwarna kehitam-hitaman
4. Rasa kebas di tangan atau kaki
5. Tekanan darah tinggi mula hadir
6. Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)

PUNCA-PUNCA DIABETES  
Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.

Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis.

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu: 
1. Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan insulin setiap hari.
2. Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak menggunakan insulin dengan betul seperti biasa


TANDA-TANDA ORANG YANG BERISIKO MENDAPAT DIABETES
1. Adik beradik kepada pesakit diabetes
2. Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
3. Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
4. Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
5. Individu yang tindak bersenam
6. Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun

Pencegahan Diabetes Melitus Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:

1. PEMAKANAN SIHAT
Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta mengikut keperluan umur

2. BERSENAM
Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 20 minit bagi setiap sesi dan bertambah menyeronokkan bersenam bersama keluarga

3. PENJAGAAN KESIHATAN
Lakukan pemeriksaan doktor apabila anda mengalami tanda-tanda diabetes

4. SUPPLEMENT
Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik.

5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya penyakit diabetes dalam tubuh.

=== Supplement Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes ===





Vitamin Asas Bagi Pesakit Diabetes
B-Complex 
Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga

Vita-Lea
Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap

Sustaines Release Vita-C 500mg 
Mengukuhkan kapilari dan salur darah

Zinc Complex
Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat.

=== Vitamin Tambahan Bagi Pesakit Diabetes ===




Alfalfa Complex
Membantu stabilkan gula dalam darah

Carotomax
Menghalang penglihatan kabur

GLA Complex
Beri kesan positif pada Diabetic neuopathy

Vivix
Merendahkan kolestrol, tekanan darah, mengurangkan diabetes dan berat badan, anti-penuaan

Ostematrix (Kalsium & Magnesium)
Mengurangkan masalah diabetes dan osteoporosis


==== Larangan Pengambilan Vitamin Untuk Penyakit Diabetes ===

1. Alfalfa Complex tidak disarankan diambil bersama Vita-Lea dan Vita-E kerana boleh mengganggu penyerapan vitamin E
2. Ostematrix tidak boleh diambil bersama Vita-lea kerana zat besi dalam Vita-Lea mengganggu penyerapan kalsium.
Jangan biarkan tanda-tanda diabetes berlarutan, dapatkan pemeriksaan doktor dan nikmati kehidupan yang lebih sihat dan pemakanan yang sihat. Rawatan awal dapat mengurangkan gelaja penyakit diabetes yang lebih teruk sehingga memerlukan suntikan setiap hari dan luka-luka lambat sembuh sehingga menyebabkkan anggota tubuh perlu dipotong untuk menyelamatkan nyawa

Untuk dapatkan Vitamin anda dengan HARGA HEBAT DN DISKAUN YANG MENJIMATKAN...Jomm  hubungi dengan segera


2leep.com