Thursday, January 23, 2014

Set Diabetes: TANDA-TANDA DIABETES DAN PENCEGAHANNYA ~

DIABETES ni salah satu penyebab kematian yang tinggi di MALAYSIA....jom kt kenali tanda2 dan punca2 pnyakit DIABETES ni...


TANDA-TANDA AWAL DIABETES:
1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor.

TANDA-TANDA DIABETES
Menghadapi masalah jangkitan yang kerap seperti:- - Kulit - Gusi - Jangkitan pundi kencing

1. Penglihatan yang semakin kabur
2. Luka lambat sembuh
3. Parut luka berwarna kehitam-hitaman
4. Rasa kebas di tangan atau kaki
5. Tekanan darah tinggi mula hadir
6. Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)

PUNCA-PUNCA DIABETES  
Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.

Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis.

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu: 
1. Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan insulin setiap hari.
2. Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak menggunakan insulin dengan betul seperti biasa


TANDA-TANDA ORANG YANG BERISIKO MENDAPAT DIABETES
1. Adik beradik kepada pesakit diabetes
2. Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
3. Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
4. Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
5. Individu yang tindak bersenam
6. Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun

Pencegahan Diabetes Melitus Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:

1. PEMAKANAN SIHAT
Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta mengikut keperluan umur

2. BERSENAM
Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 20 minit bagi setiap sesi dan bertambah menyeronokkan bersenam bersama keluarga

3. PENJAGAAN KESIHATAN
Lakukan pemeriksaan doktor apabila anda mengalami tanda-tanda diabetes

4. SUPPLEMENT
Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik.

5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya penyakit diabetes dalam tubuh.

=== Supplement Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes ===





Vitamin Asas Bagi Pesakit Diabetes
B-Complex 
Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga

Vita-Lea
Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap

Sustaines Release Vita-C 500mg 
Mengukuhkan kapilari dan salur darah

Zinc Complex
Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat.

=== Vitamin Tambahan Bagi Pesakit Diabetes ===




Alfalfa Complex
Membantu stabilkan gula dalam darah

Carotomax
Menghalang penglihatan kabur

GLA Complex
Beri kesan positif pada Diabetic neuopathy

Vivix
Merendahkan kolestrol, tekanan darah, mengurangkan diabetes dan berat badan, anti-penuaan

Ostematrix (Kalsium & Magnesium)
Mengurangkan masalah diabetes dan osteoporosis


==== Larangan Pengambilan Vitamin Untuk Penyakit Diabetes ===

1. Alfalfa Complex tidak disarankan diambil bersama Vita-Lea dan Vita-E kerana boleh mengganggu penyerapan vitamin E
2. Ostematrix tidak boleh diambil bersama Vita-lea kerana zat besi dalam Vita-Lea mengganggu penyerapan kalsium.
Jangan biarkan tanda-tanda diabetes berlarutan, dapatkan pemeriksaan doktor dan nikmati kehidupan yang lebih sihat dan pemakanan yang sihat. Rawatan awal dapat mengurangkan gelaja penyakit diabetes yang lebih teruk sehingga memerlukan suntikan setiap hari dan luka-luka lambat sembuh sehingga menyebabkkan anggota tubuh perlu dipotong untuk menyelamatkan nyawa

Untuk dapatkan Vitamin anda dengan HARGA HEBAT DN DISKAUN YANG MENJIMATKAN...Jomm  hubungi dengan segera


No comments :

Post a Comment

2leep.com