Monday, September 9, 2013

Kesan Vitamin E Berlebihan

 

Vitamin E banyak manfaat kesihatannya. Ia didapati dalam banyak makanan termasuk minyak sayur-sayuran, bijirin, daging, ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran, & gandum. Ia juga boleh didapati sebagai makanan tambahan.

Vitamin E wujud dalam lapan bentuk kimia (alfa, beta, gamma, delta-tokoferol & alfa, beta, gamma, delta-tocotrienol). Tokoferol adalah satu-satunya bentuk yang diiktiraf bagi memenuhi keperluan manusia. Walau bagaimanapun, Vitamin E tidak mengandungi semua lapan bentuk kimia tersebut & sesetengahnya adalah soya.

Ia adalah antioksidan yang hebat tetapi agak berat jika diambil berlebihan.

Kebanyakan orang tidak mengalami sebarang KESAN SAMPINGAN apabila mengambil dos harian yang disyorkan, iaitu 15 mg.

Jika anda mempunyai keadaan seperti penyakit jantung atau kencing manis, JANGAN mengambil dos 400 IU sehari atau lebih. Terdapat penyelidikan yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E dalam dos 300-800 IU setiap hari mungkin meningkatkan peluang mendapat STROK sebanyak 22%.

Vitamin E mungkin pelembab untuk membantu keadaan, tetapi kadang-kadang boleh menyebabkan ALAHAN & ekzema.

Menggabungkan Vitamin E & Vitamin C boleh meningkatkan risiko tekanan DARAH TINGGI semasa mengandung. Mengambil Vitamin E melebihi jumlah yang disyorkan RDA bagi wanita mengandung juga TIDAK DIGALAKKAN kerana bimbang risiko kecacatan jantung kongenital.

Pengambilan Vitamin E perlu BERHATI-HATI dikalangan perokok. Ini kerana ia boleh meningkatkan risiko BATUK KERING kepada mereka yang merokok.

Bagi pesakit Alzheimer, JANGAN mengambil makanan tambahan Vitamin E yang berlebihan kerana ia boleh menyebabkan pesakit mudah PENGSAN.

Vitamin E boleh meningkatkan risiko KEGAGALAN JANTUNG jika diambil berlebihan dari dos yang disyorkan untuk mereka yang mempunyai masalah jantung.

Jika anda mengalami gangguan pendarahan yang tidak terkawal terutamanya selepas pembedahan – Vitamin E mungkin membuat PENDARAHAN menjadi teruk. ELAKKAN mengambil makanan tambahan Vitamin E sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum & selepas pembedahan.

Bagi pesakit kanser kepala, leher & prostat – JANGAN mengambil makanan tambahan Vitamin E dalam dos 400 IU sehari atau lebih kerana ia boleh meningkatkan peluang KANSER kembali.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, makanan tambahan Vitamin E DIKAITKAN dengan pening, keletihan, sakit kepala, lemah badan, penglihatan kabur, sakit perut, cirit-birit, loya atau selsema (terutama apabila digunakan dalam dos tinggi atau berlebihan).

Pengambilan Vitamin E perlu diambil dengan berhati-hati, dos yang tinggi harus dielakkan & berlebihan Vitamin E tidak digalakkan.

 

No comments :

Post a Comment

2leep.com