Wednesday, June 5, 2013

Bagi pengamal vitamin LECITHIN dan ALFALFA please take note entry ni yer!!


Tahukah anda? Gabungan dua vitamin ini iaitu Alfalfa dan Lecithin oleh individu yang mempunyai niat untuk pengurusan berat badan malah ibu menyusu sekalipun adalah sangat sesuai. Namun seperkara yang perlu kita tahu tentang dua vitamin ini, pengambilan vitamin ini memerlukan kita minum banyak air. Banyak air yang dimaksudkan bukanlah di minum sekaligus tetapi secara berperingkat atau sedikit-sedikit yang berkadaran dengan masa.



Bagi setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter... jadi anda kira berat anda & ketahui berapa banyak air yang anda perlukan dalam sehari sebagai indicator


Bagaimana kita nak tahu kita masih kurang air dengan pengambilan vitamin vitamin ini? Sekiranya anda mengambil salah satu dari vitamin ini iaitu Alfalfa ataupun Lecithin atau kedua duanya sekali, maka anda perlu pastikan antara tanda-tanda kekurangan air ialah

  • badan kita ditumbuhi ruam,
  • tekak mudah rasa haus, 
  • kulit wajah ditumbuhi jerawat halus,
  • kulit menjadi kering dan gatal,
  • kulit bibir kering, 
  • ulser mulut 
  • mudah rasa nak demam.
  • sembelit
  • menggeletar

Maka apa yang dapat saya kongsikan ialah, pengambilan dua vitamin ini tidak digalakkan sama sekali diambil pada kuantiti yang banyak secara sekaligus kecuali anda memang pengamal tegar air kosong. Ini kerana air kosong membantu melancarkan penyerapan vitamin dan perjalanan darah itu sendiri.

Sekiranya anda ingin mengamalkan dua vitamin ini, dapatkan nasihat dari pengedar yang benar-benar arif tentang cara pengambilannya supaya anda akan dapat menikmati kesihatan yang sebenar seperti yang anda idamkan.

No comments :

Post a Comment

2leep.com