Tuesday, July 2, 2013

Teknik Marmet


Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.

Memerah dengan tangan

- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

 

No comments :

Post a Comment

2leep.com