Monday, February 3, 2014

B Complex dengan Acid Folic

Vitamin B-Complex ni adalah antara gabungan vitamin kecantikan, yang menjadi kegilaan ramai. Bukan itu sahaja, vitamin B-Complex ini yang mengandungi 120tablet, sangat sesuai diambil bersama-sama supplemen untuk menambah berat badan dan supplemen kesuburan. Hanya 1 biji sehari selepas makan dengan tambahan folic acid dapat memenuhi keperluan nutrisi tubuh anda.


Sekilas mengenai perbezaan vitamin B-Complex Shaklee
ü    Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan yang sangat tinggi dan berkualiti
ü    Ini adalah kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.
ü    B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% dan asid folik
ü    Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin b-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
ü    Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh
ü    Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui pencernaan.
ü    Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari
ü    Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B-Complex extract from beer yeast.

Khasiat utama vitamin B-Complex

1. Menukar makanan kepada tenaga
ü    Membantu penghadaman
ü    Membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan

2. Melawan tekanan
ü    Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

3. Membantu tumbesaran
ü    menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2
ü    membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang

4. Rambut beruban dan gugur
ü    membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban
ü    mengekalkan kesihatan rambut

5. Baik untuk mata
ü    mengurangkan masalah keletihan mata
ü    mencegah katarak
ü    meningkatkan kualiti penglihatan
ü    perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus

6. Mencegah anemia
ü    membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi
ü    merangsang sirkulasi darah dalam tubuh
ü    merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
ü    merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat atau laut
7. Meredakan senggugut
ü   baik untuk masalah senggugut (PMS),
ü   meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit

8. Mencegah perlcche
ü    dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis)
ü    mencegah jangkitan lidah (glossitis)
ü    nafas berbau

9. Detoksifikasi
ü    meredakan alahan

Cara memilih vitamin B-Complex yang terbaik
ü    mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
ü    harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
ü    pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, b3 dan B12 tidak terlalu besar
ü    elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)

Urin kuning selepas mengambil B-Complex Shaklee?
ü    ini merupakan situasi normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut dan ia mengandungi elemen kekuningan
ü    pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa

PERHATIAN
ü    B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih yang banyak adalah sangat digalakkan

BERMINAT? Sila sms/WhatsApp ke 017-2861724 SEKARANG JUGA!!!
 Dijamin HALAL
 Mendapat Kelulusan KKM 
 Tiada Kesan Sampingan
 Terbukti Berkesan


Thursday, January 30, 2014

10 PERKARA YANG BOLEH MENGGAGALKAN PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA





Anda mungkin akan gagal dalam cita-cita anda untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya JIKA:

1) Tiada keyakinan - KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda speenuhnya. YAKIN yang anda mampu menyusukan bayi sehingga 2 tahun, YAKIN yang anda mampu menangani sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan mengalah.

2) Kurang ilmu - Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.

3) Tidak bersungguh-sungguh - Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, x larat mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.

4) Tiada sokongan suami - Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk menjayakan penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana pun, keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.

5) Cepat putus asa - Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka cita-cita tidak akan kesampaian.

6) Tidak bersedia - Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi terutamanya untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.

7) Tidak kisah - Ramai ibu yang tahu tetang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.

8) Tidak jaga pemakanan - Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.

9) Stress - Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus asa. Jadi bertenanglah... kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa ingat anak yang tersayang.

10) Kurang berdoa pada-Nya - Ingatlah, rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki milik Allah. Jadi jika nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah kepada pemilik-Nya.

Jom ibu-ibu... berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita. Apa yang kurang, kita baiki.. 

 boleh juga PM/inbox https://www.facebook.com/teratakbondadanpenyusuanatau  sy.. komen je pn boleh

 Dijamin HALAL
 Mendapat Kelulusan KKM
 Tiada Kesan Sampingan
 Terbukti Berkesan
2leep.com