Wednesday, December 12, 2012

Bekalan Susu Ibu Makin Berkurang..Mengapa???


Bekalan susu ibu biasanya berbeza-beza sepanjang hari minggu dan bulan dan sebagainya. Selagi bayi menyusu on demand dan secara terus, bekalan susu ibu akan menampung keperluan bayi. Walau bagaimanapun, apabila ibu mengepam separuh masa atau sepenuh masa, hasil perahan boleh menjadi isu kerana beberapa faktor:


- Hasil perahan dapat dilihat dan diukur, walaupun sebenarnya perubahan production susu adalah normal
- Ibu perlu mengepam sesuatu jumlah susu untuk keperluan bayi ddan ia boleh menjadi agak tertekan apabila ibu tidak dapat mengepam jumlah ini. 
-Tiada pam boleh mengeluarkan susu dari payudara sehebat cara bayi lakukan jadi mengepam tidak mengekalkan bekalan seperti mana bayi sendiri boleh lakukan. Oleh kerana ini, jika lebih banyak sesi mengepam dilakukan berbanding menyusu secara direct, lebih besar kemungkinan bahawa ibu mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan bekalan.

Jika anda merasakan bekalan anda tidak mencukupi, cuba check betul ka tak cukup? Mungkin pengasuh memberi susu dengan kerap sehingga bekalan tidak mencukupi dan kemudian mengadu bahawa anak tak cukup susu. Sesetengah pengasuh memerlukan soft reminder dan frequent demo macam mana nak handle EBM.

Namun, jika jawapannya tidak, cuba cari penyebab lain mengapa anda rasa susu sudah tidak cukup?

1. Pam anda dalam keadaan baik tak?
- Pastikan well maintain. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya dalam keadaan baik juga. Kalau tak, pump dekat 15 minit pun, tak berhasil apa-apa.

2. Rutin mengepam anda cukup tak?
- Mungkin baru-baru ni, rutin dah ke laut. Asyik terkejar-kejar meeting. Kalau ini berlaku, cuba cari jalan penyelesaian. Ini kerana, penghasilan susu memang berkadar terus dengan pengeluaran. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung. Namun sebaik-baiknya adalah sehingga payudara kosong.

3. Adakah bayi sudah start makan solid food?
- Jika ya, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mom, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara. Namun, jangan risau sangat.

4. Baru mengambil pil perancang?
- Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu.

5. Period nak datang?
- Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum anda period.

6. Mengandung?
- Ya mengandung akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.

7. Adalah anda on diet?
- Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu.
Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, minum banyak air kosong.

8. Cukup rehat? Stress?
- Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.

9. Anda sakit?
- Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.




Jadi, macam mana nak naikkan pengeluaran susu kembali?

1.Menyusu secara direct dengan lebih kerap


2.Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.


3.Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.


4. Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.


5. Buat urutan payudara dan breast compression. 


6. Cuba ambil makanan tinggi protein dan milk booster seperti alfalfa. Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.


7. Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil supplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.

Monday, December 10, 2012

Rahsia Cantik & Sihat Dengan GLA Complex



GLA atau nama penuhnya gama linolenik asid digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel

Sumber GLA
Minyak Primrose
Blackcurrent
Minyak Borage

Kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopaus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.

Siapa yg perlukan GLA Complex:
~ Diabetes
~ Period tidak teratur
~ Mencantikkan kulit (jeragat, jerawat, parut2 jerawat, kulit sensitif dll)
~ tingkatkan kesuburan (untuk cuba hamil)

  • Kencing Manis - Pesakit kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Suplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis
  • Arthritis - GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak dan kekejangan pada waktu pagi. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk arthirtis reumatoid
  • Payudara fibrocystic
  • Osteoporosis - kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang semua yang boleh menyumbang kepada jisim tulang yang lebih baik.
  • PMS - Sesetengah wanita mendapati gejal-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit payudara dan perasaan kemurungan serta kerengsaan dan pembengkakan rahim.
  • Alahan - Orang yang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA kepada GLA. Malah, wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di dalam susu ibu dan darah.
  • Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD)
  • Ketagihan alkohol - GLA boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah kerosakan hati.
  • Kanser
  • Tekanan darah tinggi dan penyakit jantung - Kajian menunjukkan bahawa GLA, samada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak penting, EPA dan DHA kedua-dua ditemuidalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung.
  • Ulser

Hubungi saya izalianaa@gmail.com atau fb IzaLiana Azalan atau sms kpd 017-2861724 untuk mendapatkan konsultasi percuma ataupun maklumat lanjut

 

2leep.com