Tahukah anda? Gabungan dua vitamin ini iaitu Alfalfa dan Lecithin oleh
individu yang mempunyai niat untuk pengurusan berat badan malah ibu menyusu
sekalipun adalah sangat sesuai. Namun seperkara yang perlu kita tahu tentang
dua vitamin ini, pengambilan vitamin ini memerlukan kita minum banyak air. Banyak air yang dimaksudkan bukanlah di minum sekaligus tetapi secara
berperingkat atau sedikit-sedikit yang berkadaran dengan masa.
Bagi setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong
sekurang-kurangnya 1 liter... jadi anda kira berat anda & ketahui berapa
banyak air yang anda perlukan dalam sehari sebagai indicator
Bagaimana kita nak tahu kita masih kurang air dengan pengambilan vitamin
vitamin ini? Sekiranya anda mengambil salah satu dari vitamin ini iaitu Alfalfa
ataupun Lecithin atau kedua duanya sekali, maka anda perlu pastikan antara
tanda-tanda kekurangan air ialah
- badan kita ditumbuhi ruam,
- tekak mudah rasa haus,
- kulit wajah ditumbuhi jerawat
halus,
- kulit menjadi kering dan gatal,
- kulit bibir kering,
- ulser mulut
- mudah rasa nak demam.
- sembelit
- menggeletar
Maka apa yang dapat saya kongsikan ialah, pengambilan dua vitamin ini
tidak digalakkan sama sekali diambil pada kuantiti yang banyak secara sekaligus
kecuali anda memang pengamal tegar air kosong. Ini kerana air kosong membantu
melancarkan penyerapan vitamin dan perjalanan darah itu sendiri.
Sekiranya anda ingin mengamalkan dua vitamin ini, dapatkan nasihat dari pengedar yang benar-benar arif tentang cara pengambilannya supaya anda akan dapat menikmati kesihatan yang sebenar seperti yang anda idamkan.
Sekiranya anda ingin mengamalkan dua vitamin ini, dapatkan nasihat dari pengedar yang benar-benar arif tentang cara pengambilannya supaya anda akan dapat menikmati kesihatan yang sebenar seperti yang anda idamkan.
No comments :
Post a Comment