Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa
Menyusukan Bayi ?
Ini adalah kerana :
•Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga
yang berkurang semasa menyusu bayi
•Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi
untuk perkembangan bayi
•Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan
berat badan yang meningkat semasa mengandung)
•Mengelakkan pengurusan pemakanan yang salah dan boleh memudaratkan diri
sendiri dan bayi
Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?
Dengan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, panduan
asas pemakanan perlu diikuti iaitu :
•Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien
dan mikronutrien
•Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari
kumpulan makanan seperti sayur - sayuran, buah - buahan dan bijirin penuh.
•Kesederhanaan - Menghadkan pengambilan kuantiti makanan yang
mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol.
•Aktiviti - Mengseimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam
seharian.
Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet
Sehari Perlu Di ambil?
Paras Piramid Makanan
Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti
Saranan sukatan : 12 hidangan/sehari
Satu hidangan Bijirin :
•½ cawan nasi
•½ cawan mi/mihun/pasta
•½ tosai
•⅓ capati
•1 keping roti (putih/gandum)
•1 cawan bubur nasi kosong
•3 biskut tawar
•3 sudu makan oat (tidak dimasak)
Paras 2 : Buah dan Sayur
Saranan sukatan:3 - 4 hidangan/sehari
Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari
•½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
•1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)
Satu hidangan Buah : (3 - 4 hidangan) /sehari
•1/2 biji jambu, mangga
•1 biji pisang, epal, lai,pir, oren
•1 potong betik, nenas, tembikai
•3 biji kurma
•4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur
Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari
Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam::
•½ ketul peha ayam (saiz sederhana)
•½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
•2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
•1 biji telur
Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari
Satu hidangan Susu dan Produk Susu
•1 gelas susu (250 ml)
•4 sudu makan susu tepung
•1 cawan dadih
•1 keping keju
Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan
Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa
Menyusukan Bayi?
Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien
seperti :
Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau.
Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium.
Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet
Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren
Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati
Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples
yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)
Vitamin C
Sumber :buah –buahan (oren, betik, kiwi)
Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang
mencukupi
Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet?
•Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan
semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.
•Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan
(suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak
mencukupi.
•Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan
yang tetap.
•Supplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik.
Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan
Bayi?
•87 % daripada susu ibu adalah air
•Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas
air setiap kali menyusukan bayi.
•Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
•Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca
panas.
Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas
Bersalin?
•Antara makanan yang dikategorikan adalah mengikut persepsi kepercayaan
masing –masing. Contoh seperti :
◦Makanan 'sejuk' -kangkung, taugeh, kobis, timun, betik,nangka
◦Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
◦Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
◦Makanan 'tajam' - nanas
◦Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan
•Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan
digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.
•Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu
yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan
sahaja.
•Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan
sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh
badan.
No comments :
Post a Comment