Energizing
Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9
asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah
makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan
persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein
biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak,
bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
VitaLea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg
diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari
boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan
isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.
Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C.
Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan
dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan.
Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga
kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah
untuk bersenyawa dgn ovum.
B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12
(40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan
kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang
boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin
dan kecacatan tiub neutral.
Vitamin E
Terkenal sebagai "vitamin seks".
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah,
mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA)
dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian
& menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium
di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain
itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium
yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
Zink
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang
sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan
jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta
memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu,
zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose
nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan
seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi
lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang
abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita
kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
Alfalfa
Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka
yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan,
masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau
tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu
dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga
sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
GLA
Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi
masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan
cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai
"Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair
serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2
membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur
(ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma
hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan
membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual
semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).