Mengapakah
Proses Kelahiran sesuatu yang menyakitkan?
Ulterus adalah organ berotot yang
mengecut untuk mengeluarkan bayi dan kontraksi itulah yang menyebabkan
kesakitan. Kesakitan yang dirasai bergantung kepada beberapa faktor termasuk
kekuatan kontraksi dan kelajuan proses kelahiran. Selain daripada pengecutan
otot dan abdomen serta bahagian torso dan pelvik, anda mungkin akan terasa
tertekan di bahagian belakang, perineum, pundi kencing dan usus-usus.
Penggabungan faktor ini akan menyebabkan kesakitan.
Jom
kenali perubahan Kesakitan ketika melahirkan bayi.
PERINGKAT
AWAL (Sehingga
lapan jam atau lebih)
Serviks
anda terbuka sehingga tiga atau empat sentimeter dan bermula untuk menjadi
nipis (efface). Selalunya kontraksi serdehana akan bertahan 30 sehingga 60 saat
dan terjadi setiap lima hingga 20 minit, yang akan menjadi lebih kuat dan
kerap.
PERINGKAT
AKTIF
(Lebih kurang dua hingga lapan jam)
Kontraksi
akan menjadi lebih lama, kuat dan dekat, Serviks anda akan terbuka sehingga
tujuh sentimeter. Di peringkat inilah wanita akan terasa sakit dan meminta ubat
penahan saki (kadangkala ubat diberi awal)
TRANSITION (sehingga satu jam)
Anda
akan terasa sakit kerana servikd anda akan terbuka sehingga 10 sentimeter. Anda
juga mungkin akan terasa sakit di belakang, pangkal paha dan juga terasa mual.
PENOLAKAN (beberapa minit
sehingga tiga jam)
Kesakitan
yang melampau akan dirasakan apabila anda terasa ingin menolak keluar bayi
anda. Ada wanita memberi perbandingan “seperti menolak keluar sebiji buah
tembikai atau bola boling”. Walaupun sakit, ada wanita mengatakan bahawa mereka
terasa lega kerana ianya boleh mengurangkan tekanan. Apabila kepala bayi dapat
dilihat, anda mungkin terasa seperti terbakar, mencucuk atau menyegat di
kawasan vagina.
PENGELUARAN
PLASENTA
(sehingga 30 minit)
Peringkat
ini adalah lebih senang kerana anda akan terasa seperti senggugut apabila
plasenta keluar. Pada peringkat ini anda akan fokus kepada si manja baru anda
sehingga terlupa kesakitan.
Ajaibnya
wanita bertarung nyawa untuk melahirkan anak, selepas anak lahir hilang rasa
kesakitan!
Artikel:
Sumber Majalah Mamibaby
sayangilah ibu kita
ReplyDelete