Tips untuk membanyakkan susu badan.
Pertama. Harus faham konsep asas penyusuan susu ibu ialah supply and demand.
Semakin kerap anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu yang boleh
terhasil. Syarat pam/perah ialah setiap 3 jam sekali dan minimum 6 kali sehari.
Bagi mereka yang bekerja disarankan mengepam 3 ke 4 kali sewaktu tempoh bekerja
(waktu kerja normal 8 jam). Sessi yang disarankan ini tidak termasuk semasa
bayi direct feeding.
Kedua. Minum
air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Samada anda mengambil sebarang jenis suplemen @ milk booster ataupun
tidak, pastikan tubuh anda mendapat bekalan air yang cukup. 3 liter sehari
sekurang-kurangnya, dan lebih lagi di kala hari panas atau tubuh sedang kurang
sihat. Minumlah sedikit demi sedikit, dan pastikan ada indicator.
Ketiga. Berdoalah semoga ALLAH memudahkan usaha murni kita ini.
Susu ibu adalah hak anak-anak kita. Itu adalah rezeki untuknya yang
ALLAH salurkan melalui kita. Berilah pada dia dan mohonlah semoga ALLAH
mudahkan perjalanan penyusuan anak-anak kita. Lagipun, lebih lama dia menyusu
badan, lebih cerdik kan? Ingat, rezeki itu datangnya dari ALLAH atas usaha
kita.
Jadi, andai anda patuhi 3 prinsip asas ni, InshaALLAH anda akan berjaya. Ni pula petua banyakkan susu badan dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Bolehlah cuba.
Petua banyakkan susu badan
- Banyakkan minum
air/jus buah-buahan/makanan bersup.(sehari dlm 2liter++)
- Banyakkan minum
susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
- Banyakkan makanan
berprotein. Protin penting kerana komposisi utama dalam susuibu ialah
protien dan protin diperlukan utk membina sel, kulit, rambut dan
pertumbuhan yg sihat. Sebab tu saya sangat suka dgn ESP (energizing soy
protin)
- Makan nasi panas
bersama halia muda (hiris nipis2) campur dgn air asam
- Minum air asam jawa
direbus dengan gula merah bersama dengan asam keping.
- Ambil beberapa
helai daun betik sederhana muda. Rebus hingga didih. Minum air rebusan
2-3x sehari
- Ambil lobak putih.
Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam.
Minum 2x sehari. Juga boleh dibuat sup lobak putih..
- Sapu sedikit minyak
kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu.Setelah agak suam,
tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
- Makan lebih
sayur2an ..especially sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu seperti
brokoli,lobak putih,seleri, sawi putih, peria, Ulam pegaga dan ulam
jantung pisang.
Semoga
berjaya!
No comments :
Post a Comment