Sukar membuang air besar sering dialami oleh ibu yang hamil. Perubahan hormon dan juga perubahan pola hidup merupakan faktor terjadinya sembelit. Pada peringkat awal, sembelit hanya membuatkan rasa tidak selesa ketika membuang air besar dan kemungkinan sakit perut atau kembung. Namun, jika ia berpanjangan dan tidak diatasi, ia mampu mengganggu metabolism badan dan mengganggu system-sistem lain dalam badan.
Jenis dan Punca
Peningkatan hormon tertentu ketika hamil
Akibatnya:-
1.
Sistem saraf pembuangan akan menjadi lemah
2.
Kelemahan pada otot-otot saluran pencernaan
3. Makanan akan menjadi lebih lama di
dalam perut sehingga ibu hamil sukar membuang air besar
4. Peningkatan pengambilan zat besi
yang sangat diperlukan oleh ibu hamil biasanya merupakan makanan pelengkap (supplement)
5. Berat badan ibu dan janin tidak
seimbang. Hal ini menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan
pergerakan zat-zat makanan dalam badan
6. Gerakan fizikal terbatas.
Kemungkinan disebabkan kurangnya aktiviti gerakan semasa hamil
Apa yang perlu anda ketahui?
Jika anda tahu, sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir. Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.
Cara mengatasi
1.
Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam
pemakanan harian.
2.
Amalkan pengambilan makanan berserat dan secair setiap hari.
3.
Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½ hingga
2 liter sehari semalam
4.
Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari
Sekiranya sembelit menyerang
1. Banyakkan mengambil makanan
berserat.
-Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin,
kekacang atau betik
2. Banyakkan minum air atau jus
buah-buahan
- Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan
dalam salurannya.
- Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor,
kemungkinan anda perlukan supplement.
Maka, berusahalah untuk mengelakkan daripada
terkena sembelit ketika hamil. Amalkan cara pemakanan yang sihat beserta
pengambilan makanan pelengkap yang dibekalkan oleh doktor. Pemakanan yang
seimbang ini juga amat penting bagi perkembangan bayi dalam rahim sekaligus
mengelakkan penyakit kepada ibu hamil itu sendiri. Wallahua’lam.
No comments :
Post a Comment